4. Turas hos air masuk
Jika mesin memakan masa lebih lama mengisi air,
periksa turas hos air masuk, kerana turas itu mungkin
tersumbat. Tutup pili air. Longgarkan nat pengikat hos
air masuk. Tanggalkan turas daripada elektroinjap dan
bersihkan dengan berus keras kemudian pasang
semula. Skrukan nat kembali baik-baik.
5. Penyaliran air darurat
Jika air tidak dikeluarkan (pam saluran air keluar
tersekat, turas atau hos saliran tersumbat), lakukan
seperti berikut untuk mengeluarkan air daripada mesin:
cabut plag dari soket bekalan kuasa elektrik;
tutup pili air;
jika perlu, tunggu hingga air sejuk semula;
buka pintu bahagian saliran;
letakkan mangkuk untuk mengumpulkan air;
lepaskan hos saliran darurat, letakkan dalam mangkuk
dan buka penutupnya; apabila mangkuk penuh,
pasang semula penutup pada hos saliran darurat;
air dari dalam mangkuk itu harus dibuang, kemudian
ulang langkah tadi lagi hingga mesin basuh telah
dikeluarkan semua airnya;
letakkan hos saliran darurat kembali di kedudukan asal
dan tutup pintu bahagian saliran.
42 |